Sunday, 18 March 2012

perbaiki diri sendiri

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.


Saturday, 17 March 2012

pertemuan...

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu : SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.
bunga2 yg cantik...


kedamaian hati...
 

Friday, 16 March 2012

jantung...

Assalamualaikum...
pagi ni aku tengok cerita jepun yg berkisar tentang seorang pemuda yang jantungnya sangat lemah dari dia kecil sampai besar...
bagaimana dia tidak boleh melakukan perkara yang berat, bersukan...
tapi keazaman dia melalui hidup sangat tabah...
ini membuatkan aku berfikir sejenak tentang jantung yang berada di dalam dadaku...
bagaimana kalau jantungku ini tidak berfungsi secara tiba2...
walau sesaat pasti terasa sangat terseksa dan kesakitan yg tak terhingga...
sakit...ya, itulah rasanya...
syukur alhamdulillah Allah memberi aku kesihatan yang baik...
semua anggota di badan ini dan dan di dalam berfungsi dengan baik
mengikut kehendak-Nya...
dapat merasa apa yang diingini...
dapat melihat...
dapat berjalan...
dapat mendengar...
dapat menghidu...
dapat berfikir...
semua situasi dapat aku alami...
masihkah aku tidak mahu bersyukur lagi...
masihkah aku mahu melakukan maksiat kepada diri sendiri...
masihkah aku mahu sombong kepada Allah dan orang lain...
masihkan aku mahu meninggalkan solat lagi...
persoalan...ya, itulah persoalan...
tanda tanya...
tidak...
itu...