Thursday, 8 May 2014

warna

hidup aku sebenarnya penuh dengan warna
bila lihat gambar di sebelah kiri blog ni..
penuh dengan gambar-gambar yg penuh dengan cerita
dan bila lihat post2 sebelum ni sama seperti gambar2 tu
tapi gambar-gambar di sebelah ni tak sampai 1 peratus cerita tentang aku
jadi teruskan move along...
yup akan ada hari yg kelam dan ribut
tapi akan mucul pelangi setelah tu so...
hargai setiap detik...

Tuesday, 6 May 2014

masih belum selesai..

selepas selesai satu hal..
ada lagi hal yang tak selesai..
rabbi yasir wala tu'asir.. :)
serius sebelum ni rasa mcm hal tu takkan selesai
tapi sekarang alhamdulillah satu persatu dah selesai
dan hati ni terasa semakin tenang dan lapang

jadi benarlah apa yang Allah katakan dalam Al Quran
'selepas kesulitan ada kemudahan'
'selepas kesulitan ada kemudahan'
just sekarang ni kena terus ke hadapan dan pandang ke hadapan
jangan takut...
pedulikan apa yang berlegar- legar dalam fikiran..
jadi,jadi??

selepas cuba realisasikan moment dengan kawan2 yg ada 
sebelum selepas ni tidak berjumpa lagi 
masing-masing akan berada di tempat yang berlainan...
jika panjang umur akan berjumpa lagi..
luahkan,foto,steamboat,serving,present,kelas,exam hari last..


Sunday, 27 April 2014

maaf

minta maaf kepada diri sendiri...
minta maaf kepada ibu dan ayah...
rasa bersalah mencengkam diri sendiri..
leraikan satu-persatu rantai dosa, bersalah tu...
cuba cari ketenangan..

nak give up?

nak give up atau tak nak give up??
serius tak nampak dah masa depan...
serabut dengan mcm2 perkara, masalah ketika ni...
kenapa selalu saja jadi complicated bila nak terangkan sesuatu?
dan jadi complicated bila lalui satu2 situasi...
nak give up atau tak nak give up??

seriusla nak sampai penghujung garisan...
takkan nak sia-siakan masa yang dihabiskna selama 4 tahun mcm tu je 
dengan give up??
cuba fikir orang yang tiada kelulusan pun ada kerja 
murah rezeki diorang...
inikan aku kalau tak give up dan dapatkan kelulusan dalam genggaman
dan akan dapat kerja??
rezeki...

apa makna aku belajar tinggi2 kalau niat nak dapat kelulusan
pastu nak dapatkan pekerjaan sedangkan ahhhh!
sekali lagi nak give up atau tak nak give up??
aku penat, penat, penat, penat, penat...
buntu,buntu,buntu,buntu,buntu...
serabut,serabut,serabut
penat,penat
letih
liat?

sebenarnya ini bukan yang aku impikan
tapi satu ketika dulu aku mahukan situasi ini
keliru
sekali lagi nak give up atau tak nak give up??

lain kali jangan ikut orang lain...
ahhhhhh!!!

Monday, 21 April 2014

problem

Aku tersungkur kembali aku bingung dan risau tapi kenapa..
 Puncanya aku tahu diuji untuk kali yang kedua kali ini lebih tenang sebab aku lebih mengerti dan faham hanya dengan ini saja aku lebih cermat untuk mengatur langkah biarpun hati serabut..
 Betullah kata bijak pandai dahulu pengalaman mendewasakan kita sekali kita melakukan kesilapan kita mesti belajar drpda kesilapan dan bamgkit kembali kalau fikir masalah..
takkan selesai cuba fikir jalan penyelesaian dia percayalah semua masalah ni akan selesai.. 
Allah kan ada.. 
Ada hikmah dia bagi masalah ni.. 
 Syaitan sentiasa ambik peluang bila kita ada maslah.. 
So kita kena rapat dengan Allah.. 
Dan berdoa byak2 :)

Thursday, 17 April 2014

Ego

Perasaan ego 
sebab inilah segala apa yang ingin diluahkan tidak kesampaian..
masing2 ego dan ego dan ego..
walaupun dah kenal lama tapi tetap ego...
masing2 menafikan, menolak...
akhirnya cerita menjadi tergantung...
ada yang tak selesai antara kau dan aku....
menunggu waktu yang sesuai itu satu kesilapan..
jadi kenapa terus menunggu, menafikan dan menolak...
ahhhh kejadahh! kalau camtu baik tak payah kawan..
haha


Rahsia

setiap orang ada rahsia,
tersimpan dalam hati dan fikiran
ada rahsia yang baik dan ada rahsia yang buruk 
even dengan orang yang kita paling rapat sekalipun...
sebab itu rahsia..
tapi rahsia takkan tersimpan lama-lama
akan diketahui juga akhirnya...


Wednesday, 16 April 2014

rasa resah

kau rasa teruk situasi ni sebenarnya tak 
kau rasa dia fikir begitu sebenarnya tak jugak 
kau fikir apa yang akan berlaku dalam fikiran akan berlaku sebenarnya tak
sebenarnya tak, percayalah
cuma lambat tapi tepat pada masanya..
jadi...........

Friday, 4 April 2014

cerita N dan Z

bIla terasa perjalanan hidup ni seperti dalam cerita Blogger boy
watak utama dia Budi aka Qi Qusyairi
dan dengan cerita N dan Z dalam bentuk lukisan dan diletakkan di blog..
bagaimana dia jalani hidup sambil watak N dan Z beri kesan secara tak langsung
seperti jugak aku, cerita N dan Z...
membuatkan cerita di universiti sangat menarik, ya terlalu menarik

Wednesday, 26 March 2014

cerita itu

semalam dan semalam..haha
seharian berada di dalam kereta dan pegi ke pantai
bersembang dan bercerita dan mendengar..
khusyuk mendengar dia sambil melihat keindahan pemandangan di pantai
tenang seketika minda ini dengan serabut dunia
tak terjangka jika sebelum ini mustahil tapi sebenarnya sudah jadi haha..
sehari suntuk penuh dengan cerita seakan-akan sudah bersedia
kemudian berjalan-jalan di pantai dengan dia sambil kaki basah dengan air laut
melihat orang lain bermain dan bermandi di laut
makan BigMac dan Fish o fillet dalam kereta..
pusing satu pulau


Tuesday, 4 March 2014

who you

Kenapa. kenapa. kenapa masuk saja bulan baru rasa serba tak kena adakah kena lakukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan
Fikir lain jadi lain. totally different
Terus menerus melayan perasaan itu walaupun tak bersedia langsung
sekarang persoalan apa akar umbi segala serabut semua ni adakah belum cukup lagi belajar daripada kesilapan
runtuhkanlah dinding tu dan pecahkan 'bubble' tu tak terlambat lagi ok
serius jangan layan perasaan dan bayangan minda yang keep going 'played' In the end yang aku nak lihat ialah aku dapat tamatkan semua ni n dapatkan something at least something sikit pun takpe..pilihan hati, keputusan....
Kurangkan ego tu baru la pintu peluang akan terbuka takkan nak berfikiran mcm 5 tahun ke belakang kot..masa depan ni penting laaa semuanya bermula dari sekarang la..so move on..keep moving forward :)




Monday, 17 February 2014

fikiran kosong

sebenarnya kosong fikiran ini..
ibarat sedang terapung di ruang tak bergraviti..
tetap menulis juga walau hanya satu perenggan..
idea tidak datang jadi..titik





Wednesday, 5 February 2014

The beginning

perasaan apabila mulakan langkah pertama semula
bersama dengan pengalaman kesilapan, kenangan, masalah,
masalahnya mcm mana nak dimulakan...
rasanya ada idea dalam kepala ni
apa kata serapkan diri cuba serapkan character
G Dragon ,Jack Sparrow, Sam Bunkface , Firash
character nakal - nakal, hati kering, kelakar, serius, sensitif
haha...apa kata berlakon setiap hari satu watak pelakon, penyanyi...
bukan nak jadi seperti mereka tapi sekadar mahu berlakon konon-kononnya
cuba cari watak mana yang sesuai dengan diri, cuba eksperimen...
tak salah kan hahaha

orang lain bukan tahu pun kau mainkan watak - watak yang kau suka tu...yessss
tak da la setiap hari kau bosan nak lalui
orang lain sebenarnya berlakon jugak, bukan kau tahu pun
bukan nak jadi pelakon tapi serapkan character yang kau suka
tak sabar pulak nak buat, apa kata aku mulakan di rumah
tiru lagak gaya firash ataupun irham...hahaha

tapi tak salahkan haha
cuba, cuba dan cuba lagi...bukan tutup character sebenar tapi cuba cari kelainan
satu sampai tujuh sama saja hahaha 0rait... :)








Saturday, 18 January 2014

Selamat Hari Jadi! :)

hAppy BiRthday!
with family 
itu yang paling penting.
Alhamdulillah :)
18.01.2014

Wednesday, 15 January 2014

Coklat, kawan, Cable car, Vios, Pantai chenang

travel memang best lagi2 bila travel itu tak dirancang
travel bersama dengan hanya seorang kawan saja yang kita kenal,
dan kawan lain ialah kawan baru
seronok memang seronok, bila pegi dengan kawan yang satu kepala
perangai gila-gila, suka berkawan, tidak kisah tentang duit...
ketika itu kenal dengan seorang kawan yang aku kira akan beri impak besar untuk masa depan aku nanti
dia sudah bekerja dan sepanjang berada di sana dia bercerita tentang itu dan ini
tak kisah langsung siapa pun bertandang ke rumahnya
aku kira aku kena terus ke hadapan jangan fikir sangat tentang sudah terjadi
memang betul nukilan aku sebelum ini aku tulis
tentang perkara menarik akan berlaku untuk masa hadapan ini
kawan2 lama jangan lupa terus contanct
tapi paling penting kawan2 baru yang kita jumpa selepas ini 
situasi itu yang aku mesti lalui,
banyakkan tangkap gambar, biar gambar bercerita, moment2 terindah itu mesti di tangkap
rasanya tak perlu cakap banyak2, nak letak gambar saja dalam nukilan ini
:) 









Saturday, 4 January 2014

Bila selesema dan batuk tak reda lagi

Dah lama sebenarnya tak kena demam selesema dan batuk 
kali terakhir kena masa 3 tahun lepas
itu pun tak teruk sangat camni
sebenarnya dah lama tak demam tapi bila sekali kena demam terus nak dekat seminggu dah ni...haha
rasa pening, sakit dada, tapi ni ujian
bukan selalu akan lalui demam mcm ni
Alhamdulillah
2 hb hari tu pegi stemboat di tempat baru
boleh tahan jugak suasana di situ dan paling penting boleh duduk kat luar, tak rasa panas
angin masa tu sangat best dan nyaman
duduk bersebelahan dengan dia berbaju hijau dan bertudung hitam
dalam kata jumpa kali terakhir masa grand dinner tup-tup jumpa lagi masa steambot ni...aha
entahlaaa,aku rasa bingung dengan semua ini
masa dalam kereta tu sembang ngan kawan aku tentang admire 
pastu aku pun gtau kat dia yang aku admire yang berbaju hijau ngan tudung hitam tu
dia terkejut la tapi lega jugak sebab aku beritahu kat seseorang yang aku sangat percaya...hahaha
dah la masa sejam hantar kawan, yang berbaju hijau tu boleh rebus semua simpan untuk aku
apa lagi aku pun makan la dah memang tgh lapar sambung makan balik...
selepas tu terus ke tepi pantai kat kuala perlis
duduk ramai-ramai dengar lagu dan tangkap gamba banyak, mcm2 gaya
itulah tempat pertama kali keluar dengan dia dan kawan-kawan lepas makan steamboat masa sem 4
itu kali pertama dan masa ni merupakan kali terakhir...sedih, memang sedih
aku rancang mahu ke rumah dia masa birthday aku ke 24 ni 180190...
hanya perancangan tapi belum tentu lagi...
harap-harap dapat pegi...
inilah hadiah yang paling terbaik untuk hari jadi aku kalau dapat pegi ke rumah dia...



Wednesday, 1 January 2014

Raden Stark

sudah 1 january 2014
hari rabu 
dan sekarang berada di library uum
akan bermula cerita baru selepas ini 
cerita yang penuh warna dan corak 
semakin dewasa dan perlu kurangkan lakukan kesilapan 
buat perancangan untuk ke hadapan
mahukan cerita menarik, jangan hanya cakap tapi action!
mula-mula lepaskan 'dia' terbang 
mungkin selepas ini 'dia' akan kembali semula
intuisi jangan ketepikan
berlakon biarpun pahit dan susah untuk lakukan...
:)