Saturday, 29 June 2013

dia tak tahu perasaan aku dan aku juga tak tahu perasaan dia

sangat adil
sebab masing2 tak tahu 
biarkan tak tahu
sebab bila diberitahu akan terjadi hal lain
tidak seperti sebelum ini
biar menjadi rahsia 
kalau itu yang terbaik
pendam.pendam.pendam
masa yang terbaik akan tiba juga
jangan risau
terus berjalan dan kutip dan pelajari ilmu sedalam-sedalamnya
tanya pengalaman orang lain
ambil masa ni tak rugi pun 

Wednesday, 19 June 2013

nikmat

pertama kali seumur hidup aku 
dapat naik feri waktu pagi tadi
sekitar pukul 8 pagi
kemudian naik bas ke Alor star terus ke sintok
memang penat 
tapi rasa puas sebab dapat pulang ke rumah 
melihat wajah ibu dan ayah
adik-adik
hargailah mereka wahai diriku
sebelum terlambat
iron man

Wednesday, 12 June 2013

best pulak layan lagu ari wibowo - madu dan racun


Engkau yang cantik
Engkau yang manis 
Engkau yang manja
Selalu tersipu, rawan sikapmu
Di balik kemelutmu
Di remang kabutmu 
Di tabir mega-megamu 
Kumelihat dua tangan
Dibalik punggungmu
Reff:Madu di tangan kananmu 
Racun di tangan kirimu
Aku tak tahu Mana yang akan kau berikan padaku
Aku tak tahu Mana yang akan kau berikan padaku
serius lagu ni rasa nak menari2 hahahaha :) 
aisehhh :)
 

Saturday, 8 June 2013

tanggapan

tanggapan di fikiran mengatakan dia marah
kepadaku
tapi rasa serba salah
pandang ke cermin kemudian bertanya 
apa salah aku
sampai jadi mcm ni
atau patut biarkan saja tanggapan ni
buat rasa tak bersalah saja
tapi sampai bila
dah lama tak rasa perasaan mcm ni haha
sedangkan sebelum ni ok saja 
gentlemen la bro
haiss, perasaan ni kalau boleh cabut daripada hati dan fikiran kan senang
senang.......
buat muka comel depan dia camni boleh tak..hahaha... :P
 
 

Bayang-bayang

pagi camni memang tak boleh tido
so nak buatkan mata terlelap
nak tulis post kat blog ni
tentang bayang-bayang
ya, bayang - bayang
terfikir tentang ni dalam fikiran
bayang-bayang dalam fikiran, sikap, persahabatan, study
akan ikut ke mana saja kita pergi
kadang-kadang pengaruhi kita ke arah positif dan negatif
tapi mostly negatif
kadang tu kita akan buat kesilapan sebab bayang-bayang tu
tapi kalau kita kuat kita akan dapat mengawal bayang-bayang tu
kalau kita nak kuat kita kena kenal siapa diri kita sebenarnya
selami sedalam-dalamnya diri kita
fahami kekuatan dan kelemahan diri kita
barulah bayang-bayang tu akan berjaya di tewaskan dan dgr kata
cukup
baca surah al fatihah di bawah ni......

Thursday, 6 June 2013

Selamat hari lahir kawan baik!!... :)

cantik tarikh hari ni
7/6/2013 
dan hari ni hari jumaat :)
hari yang penuh keberkatan 
selamat hari lahir kepada kawan baik ku Norfatin Atikah :)
teima kasih kepada dia sebab mengajak aku pegi serving kenduri kahwin 
kalau bukan sebab dia aku takkan pegi 
setelah di paksa...haha
kalau kamu lihat post ni cuma nak katakan Thank You so much Fatin!!!
kalau bukan sebab kamu daus tak kenal ngan kawan2 yg lain 
harap persahabatan dgn kamu Fatin akan berkekalan hingga ke akhir usia
aaminn :)
hmmm tak tau nak bagi hadiah ape kat dia 
padahal dah pernah bagi hadiah kat kawan perempuan sblum ni.. :)
buat2 tanya pulak...haha XD
apa pun Happy Birthday!!! sekali lagi :)
dIA Berbaju lengan warna merah :)

kematian a.k.a ajal a.k.a maut

semenjak masuk ke universiti 
sudah banyak ku dengar berita kematian kenalan yg ku kenal
semester ini 3 berita kematian kenalan yg ku kenal
berita kematian yg pertama ialah ketua kelab fasilatitor
sebelum ku mendengar berita kematiannya
aku selalu melihat dia di tempat rehat di penginapan kolejku
melihat television dan bergelak ketawa dgn kawan2 dia
tetapi kemudian semasa cuti semester aku dengar beritakematian dia
dia kemalangan jalan raya
dia menaiki motosikal dan kemalangan
dan kemudian juga ahli dalam kelab fasilitator
dia juga aku kenal semasa dalam kelas spanish
dia senior aku tapi kursus lain
aku dengar berita kematian dia masa semester ini
dia ada jangkitan kuman dalam paru-paru
dan dia meninggal semasa di hospital
dan akhir sekali kawan aku semasa di kelas kokurikulum pembimbing rakan sebaya
dia group A dan aku group B
kami mula rapat semasa semester terakhir kelas ko k
kami mula bersembang semasa kami buat aktiviti bersama kedua-dua group
buat lawatan ke cameron highland
jujur aku katakan dia sememangnya disegani kawan2 dia
dia juga seorang yg peramah, mesra dan pandai bergaul dgn rakan2
aku dengar berita kematian dia semasa cuti pertengahan ini
sebelum cuti itu aku selalu lihat dia berjalan seorang diri di dalam library
dan aku sekadar hanya tersenyum dan melambai ke arah dia
tidak terdetik di hati aku untuk bersembang dan bertegur sapa 
sampai sekarang aku masih teringat2 situasi itu
tetapi itulah ajal dan maut di tangan tuhan
ia datang pada bila2 masa
siapa pun tak tahu
melainkan Allah
kita perlu sentiasa bersedia
diri ini pun janganlah terlalu leka
dgn hidup ini
jangan ingat kita hanya akan mati bila dah tua
tidak
jangan sesekali berfikiran begitu
bersedia dan kumpul seberapa amal kebaikan dan pahala yg kita boleh lakukan
itu lah peluang kita
hargailah