Sunday, 15 December 2013

Malam Grand Dinner di Holiday Villa :)


Malam dinner yang paling terbaik dan akan diingati sampai bila-bila
pertama kali pergi ke dinner di hotel dan bersama-sama dengan rakan-rakan 
malam yang mempertemukan semua rakan-rakan 
jika sebelum ini jarang berjumpa tapi malam itu tak dapat digambarkan

betullah nukilan yang aku tulis sebelum ini mengatakan situasi masa depan adalah yg terbaik
situasi masa lalu adalah kenangan dan pengajaran..
terus ke hadapan biarpun langkah itu terasa berat dan menyusahkan
percaya dan yakinlah pemandangan di masa hadapan sangat cantik dan berbaloi untuk dilihat

untuk rakan-rakan all the best in the future
jadilah seseorang yang berjaya dan bernilai 
menjadi manfaat kepada orang lain dan lakukan perubahan kepada negara kita
bila melangkah selangkah demi selangkah ke hadapan satu persatu hikmah yang Allah perlihatkan kepada aku

keep moving forward :)


Friday, 13 December 2013

aku masih hidup

aku masih hidup ketika ini
tapi ketika ini juga ada seseorang di luar sana sedang menghembus nafas terakhir,
ada juga yang sedang bertarung menahan sakit dengan penyakitnya,
ada anak yang sedang berada di sisi ibunya di hospital setia menemani,
ada juga di luar sana menjual makanan untuk sesuap rezeki hari ni untuk keluarga,
ada seseorang di luar sana berlari - lari ke sana ke mari mencari kerja,
ada juga suami isteri yang sedang bergaduh sebab salah faham,
ada juga pelajar yang dapat keputusan A+ dalam subjek u,
ada juga seorang pekerja dimarahi bos dia sambil maki-maki
ya, aku masih hidup sekarang ni
tiada pun tulisan di atas terkena dengan aku
tapi hanya duduk di kerusi sambil menulis coretan ini 
satu perkataan : Alhamdulillah :)

Masing-masing tersenyum tapi dalam hati tiada siapa yang tahu

Wednesday, 4 December 2013

ZF

selepas telefon ibu kemudian keluar dari library
dan berjalan ke tempat menunggu bas
kemudian berselisih, berjumpa dengan dia 
katanya mahu buat assignment di library
kemudian terus berjalan semula ke library 
bersembang dengan dia sampai ke dalam library 
bercerita itu dan ini 
bila dengan dia terasa sudah lama kenal
akhirnya dapat juga minta maaf kepada dia 
setelah sekian lama sebelum ni tak terluah
walau sepatah pun mungkin ego, tak kisah, atau apa saja
paling penting hati terasa lapang, tenang, dan lega ibarat batu keras sudah menjadi debu
terasa ringan kepala dan hati, ya hati berdegup seperti biasa
di waktu tidak sesuai perkara ini menyapa
tapi bila perkara ini menyapa di waktu yang sesuai tidak akan aku siakan walau sedetik pun..


Monday, 2 December 2013

teruk sangat ke???

jalan lurus, 
orang lain di hadapan
kita masih di belakang
tetapi rasa berlainan sgt,sgt lain
mereka bersama-sama berada dalam situasi itu
aku tersenyum kelat di belakang
cuma terlambat sedikit dan berada di belakang
kesilapan menjadi duri duri tidak dapat bersama-sama berjalan di hadapan bersama mereka
terasa seperti pintu2 bersama mereka telah tertutup
masih berdiri di hadapan pintu itu,
sedangkan tidak sedar ada pintu lain malah banyak pintu sedang terbuka luas
penuh bercahaya,
penuh dengan orang yang ikhlas mahu bersama dengan kita,
jadi,jadi.......
pilih pintu baru yang terbuka
itulah masa hadapan........