Sunday, 29 May 2011

What i thinking right now.

Assalamualaikum...^_______________^
Wah!!~~...tajuk dalam bi tu tapi nak cerita dalam bahasa melayu...hakhak...XD
hmmm...hari ni paling best sebab dapat makan pizza banyak kali hahaha...my mum masak pizza banyak giler sampai adik2 aku kenyang sekali ngan aku ...XD
ok, hari ni adik aku masuk ke universiti balik...UITM kat seberang perai dan aku tadi sempat melawat dia kat sana untuk hari pertama dia kat sana...hahaha...serius aku cakap yang situasi yang dilalui dia sama ngan aku masa aku mula2 masuk ke UUM...haha...XD
ok, malam ni pun pegi tengok dia balik sebab mak ngan ayah aku nak bagi dia barang yang dia tertinggal masa pagi2 tadi nak bertolak ke sana, maklumlah dia siap2 barang cukup masa bayangkan waktu pagi tu jygak dia kemas barang dia letak kat dalam kereta, nasiblah UITM ni dekat ja ngan rumah aku...hahaha...Fuh~~...
hari ni jugak merupakan tarikh nak kata penting jugak sebab aku buat akaun twitter hari ni dan sampai sekarang camna twitter ni berfungsi hahahaha...serius!!!...
aku rasa nak naik bengang ngan twitter ni...hmmm takpela mungkin sekarang twitter ni aku rasa takda kegunaan tapi siapa tahu di kemudian hari aku akan gunakan...XD
hmmm, nak cerita apa lagi ya...sebenarnya aku wat blog ni pun dalam minggu lepas ja, daftar akaun blog minggu lepas hari ahad, ya sama macam hari ni...kiranya dah seminggu jugak aku wat...
Alhamdulillah follower pun dah ada 12 orang...hehehe...Thank kepada yang follow blog saya...XD...terutama kepada Neddynadia ye!!...girl yang pertama komen kat ruangan chat hijau tu...XD
sebenarnya dah lama teringin nak wat blog ni tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan aku nak daftar blog ni
hmmmmm...masa kat universiti pulak tak leh nak wat sebab dia blok benda2 cenggini...hahaha...
jadi layan facebook je la sampai aku rasa boring...
hari ni aku tak tahu kenapa ku rasa sangat berlainan perasaan ni...tak tau nak gambarkan mcam mana tapi hmmm...maybe hmmm takde apelah...ok cerita lain pulak...
ok hari rabu ni aku akan mula kerja kat kfc dan aku tak tau lagi position aku kat bahagian mana tapi aku harap ku kat bahagian buzzer sebab walaupun kerja dia berat tapi aku enjoy kerja dengan cara cenggitu...sampai sekarang aku masih teringat2 kerja yang aku wat masa kat kfc...hahaha...
haaa...aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni cuaca terasa sangat panas tak kira siang atau malam...sampai aku rasa berpeluh2 dan sentiasa rasa dahaga...hmmm...adakah ini satu ujian daripada Allah ataupun fenomena biasa...
ok...aku tak kenapa malam ni aku terasa nak tulis banyak dalam blog ni...kalau tidak malam2 sebelum ni aku rasa takde mood nak tulis/taip kat dalam blog ni...
buat masa sekarang ni aku tak dapat nak upload banyak gambar  sebab usb aku tak beli lagi untuk hanset aku kalau tidak dah banyak gambar aku letak kat dalam blog ni...
takpe pasni aku kan letak banyak gambar dalam ni sampai aku tak larat nak letak...hahaha...XD
buat masa ni aku tak dapat kreatifkan diri aku untuk blog ni tapi lepas ni aku dah dapat idea dan dapatkan idea daripada blogger lain aku akn upgrade blog aku ni...hehehe...^___________^
sekarang layan lagu faizal tahir tajuk sampai syurga...terasa tenang biler dengar lagu tu walaupun tak suka sangat faizal tahir ni...sebenarnya paling best bila dengar lagu daripada Band Indie ni BUNKFACE!....hahahaha...
Mula minat ngan band ni masa aku tingkatan 6 bawah...semuanya bermula bila aku dok syok layan hot fam pastu tetiba,jap2..aku mula2 dengar lagu bunkface ni masa aku gi langkawi pastu my cousin bagi dengar lagu band ni...hahahaha...aku ingat lagu tajuk lagu band ni silly lilly, high school rocker...pastu lepas tu baru aku dengar lagu situasi...pergh masa first time dengar aku dah rasa berderau darah aku, rasa macam ada jiwa lagu ni dan sampai sekarang aku rasa lagu ni paling best...hahahaha...ok...
hmmm..
aku nak tanya sangat kat sesiapa kat luar sana satu soalan ni...
kenapa kita selalu tak dapat perkara yang kita nak sedangkan kita selalu dapat perkara yang kita tak nak dan kenapa selalu diri sendiri tak dapat nak kalahkan nafsu yang selalu menguasai diri dan selalu saja kalah kepada nafsu dan selalu rasa tak cukup dan kenapa jugak diri sendiri sering rasa gelisah kepada perkara yang tak berlaku lagi dan selalu terfikir akan perkara yan dah berlalu dan asyik terkenang tu...hmmm
ni lah perkara yang selalu bermain di fikiran...sampai sekarang takde jawapan...aku harap aku akan dapat jawapan ini nanti...
aku sebenarnya dah lama melihat seseorang ni dan semestinya bukan daripada blog dan sewaktu dengannya tapi kat tempat lain....huhu...
of course girl...kat universiti...sebenarnya tak rapat sangat pun  ngan dia tapi pernah jugak bersembang ngan dia tapi tak lama dan tak banyak sangat ngan dia tapi entahla bila dekat ngn dia terasa mcm feeling weird waaa~~ gitu...XD
layan lagu blue malam2 cenggini...cewah...bila rasa malam2 cam ni mula lah rasa jiwang tu terlebih dos...hahaha...XD
hmmm, dia tak lah orang pertama yang aku jumpa tapi dia entah tak tau aku nak cakp mcm mana...hmmm
Aku selalu mengidamkan nak jadi seperti lelaki soleh seperti dalam gambar ni, aku berharap aku dapat menjadi lelaki, anak, pelajar, rakan, suami yang soleh(belum lagi..hehe)...Amin...^________^




Rasa tenang saja hati ni bila melihat wajah budak ni...^________^

 ok......




Tuesday, 24 May 2011

Open your eyes-Maher Zain

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spread in front of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..




Lagu ni paling menyentuh jiwa aku dan aku dapat rasakan jiwa aku tenang...
Bila aku mendengar lagu ni sambil membaca novel kasih ke syurga aku dapat menghayati sepenuhnya novel tersebut...
Alhamdulillah...




senarai nama2 kementerian

Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Tan Sri Nor Mohamed Yakcop
Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Timbalan Menteri: Datuk Liew Vui Keong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mashitah Ibrahim
Timbalan Menteri: Datuk SK Devamany
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan
Timbalan Menteri: Datuk T Murugiah

Kementerian Kewangan
Menteri I: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Dr Awang Adek Hussin
Timbalan Menteri: Senator Datuk Donald Lim Siang Chai

Kementerian Pelajaran
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Dr Puad Zarkashi

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
Timbalan Menteri: Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri: Datuk Lee Chee Leong

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Dr Rais Yatim
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang Gandum
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maglin Dennis D”Cruz

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
Menteri: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Entulu Belaun

Kementerian Pengajian Tinggi
Menteri: Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Datuk Dr Hou Kok Chung
Timbalan Menteri: Datuk Saifuddin Abdullah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
Timbalan Menteri: Datuk Jacob Dungau Sagan

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
Menteri: Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri
Timbalan Menteri: Jelaing Mersat

Kementerian Pelancongan
Menteri: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Menteri: Datuk Johari Baharum
Timbalan Menteri: Chua Tee Yong

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Senator Gan Ping Sieu
Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Dr S Subramaniam
Timbalan Menteri: Senator Datuk Maznah Mazlan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe
Timbalan Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Wira Chor Chee Heung
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Timbalan Menteri: Senator Heng Saei Kie

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: A Kohilan Pillay
Timbalan Menteri: Datuk Richard Riot Jaem

Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
Menteri: Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Tan Sri Bernard Giluk Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri: Senator Datuk G Palanivel

Perubahan Kabinet baharu ini melibatkan perubahan yang berikut:
Menteri
  1. Datuk Seri Kong Cho Ha dilantik sebagai Menteri Pengangkutan bagi menggantikan Datuk Seri Ong Tee Keat yang ditamatkan pelantikan sebagai menteri;
  2. Datuk Wira Chor Chee Heung yang sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan pula dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menggantikan tempat Cho Ha.
Timbalan Menteri
  1. Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani;
  2. Senator Datuk Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan;
  3. Senator Gan Ping Shou sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan menggantikan Datuk Wee Jeck Seng yang  ditamatkan pelantikan.
  4. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz dilantik sebagai Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
  5. Senator Datuk G Palanivel sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti;
  6. Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri.
Selain daripada pelantikan baru, terdapat juga rombakan dari segi pertukaran portfolio dalam Senarai Kabinet 2010 yang melibatkan tiga timbalan menteri iaitu:
  1. Datuk Rohani Abdul Karim dari Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;
  2. Jelaing anak Mersat dari Kementerian Dalam Negeri ke Kementerian Pengangkutan;
  3. Datuk Lee Chee Leong dari Kementerian Luar Negeri ke Kementerian Dalam Negeri.
Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, telah memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda pada jam 3.30 petang Jumaat ini (4 Jun) di Istana Negara.
Sumber: Berita Harian Online

Sunday, 22 May 2011

perjalanan yang memenatkan

Assalamualaikum...
Hari ni aku pulang ke rumah setelah 3 hari aku tangguhkan untuk pulang ke rumah...
perjalanan pulang ke rumah hari ini sungguh memenatkan...aku menaiki sebanyak 4 bas untuk sampai ke rumah...sangat letih...
perjalanan bermula daripada uum sintok terus ke shahab perdana dan kemudian ke butterworth dan akhirnya ke bukit mertajam...XD
aku bangun pagi tapi tak tidur pun sebenarnya terus tumpang abng maswari masuk ke kampus dan tunggu bas mara liner kat perhentian bas lebih kurang pukul 9.00 pagi...



Senyum tak perlu kata apa2...XD

kumpulan All American Reject

Semasa di Masjid Al Bukhary kat Alor Setar




Dewan Muadzam Shah UUM











Saturday, 21 May 2011

kawan-kawan

Assalamualaikum
pagi2 camni diri ni masih tidak boleh tidur...
sementara menunggu solat subuh nak tulis sikit coretan, tak banyak pun, sikit saja...
jika kawan berada di sisi terasa diri ni berasa selamat dan berasa tidak sunyi...
kita ada kawan untuk bercerita apa2 saja cerita tidak kira cerita peribadi mahupun cerita yang bersahaja...
jika dengan kawan kita bebas untuk berkongsi apa saja, tidak kira berkongsi wang untuk makan, barang2 makanan dan macam2 lagi...
dalam berkawan juga sebenarnya menuntut kita untuk bersikap terbuka terhadap apa yang mereka lakukan tetapi tidak mengikut apa yang mereka lakukan, jika sikap terbuka ada semasa kita berkawan maka kita akan sentiasa berasa selesa untuk mendampingi kawan dan kawan juga akan senang mendampingi kita...
semasa di universiti ni barulah aku merasai bagaimana kawan2 banyak memberikan aku perubahan yang aku tidah pernah jangkakan...
jika sebelum ini semasa aku belajar di tingkatan 6, kawanku yang ramai pun hanya perempuan dan kawan lelaki hanya 4 orang saja itupun inilah yang paling rapat ngan aku...
bila aku masuk ke universiti kawan2 lelaki ku ramai dan saling menolong satu sama lain...
masing-masing memahami sesama sendiri meskipun ada juga terjadi perlingkahan tetapi hanya sekejap saja...
baru ku tahu kehidupan di universiti sangat2 memerlukan kawan untuk menghadapi kehidupan di universiti...
jika tidak kita akan terasa macam kita berada di tempat yang terasing dan tidak siapa pun mempedulikan kita...
jadi pilihlah rakan yang sebenar benarnya rakan...





bergambar bersama kawan2 semasa projek Let's strike bowling di Alor Setar Mall
tarikh 25/3/2011


sedap tak...XD

Gambar bersama semua rakan2 semasa projek let's strike bowling tidak akan aku lupakan sampai bila2 dan merupakan projek yang paling best pernah aku sertai...XD

coretan hati

Assalamualaikum..

Sering kali diri ini gagal untuk menempuhi ujian yang Allah S.W.T berikan kepadaku...
Baru sahaja diri ini melangkah untuk berubah untuk memperbaiki diri sendiri tetapi kemudian gagal dan diri ini terpaksa memulakan kembali perubahan ke arah kebaikan...
Memang tidak dinafikan pengaruh sekeliling sering kali melemahkan semangatku untuk melakukan perubahan
itu...
Kadang2 diri ini tidak menentukan dalam memilih antara kebaikan dan kejahatan...
Walaupun ibu bapa sering memberikan nasihat dan pedoman kepadaku tetapi diri ini masih melakukan perkara dilarang oleh Allah...
Diri ini juga sering merasakan di dalam hati ini sering gelisah dan merasa jiwa ini tidak tenang walaupun melakukan kebaikan...adakah kerana niatku tidak betul atau hanya melakukan kebaikan kerana hanya hendak mendapat pahala dan sekadar untuk menenangkan diri sendiri...
Diri ini sering mencari jawapan disebalik semua persoalan yang menimpa diri ini...sehingga kini masih tidak dapat juga ku menemui jawapannya...
aku cuba untuk mengenali diri ini dengan lebih mendalam tetapi ada saja perkara yang menghalang...tetapi ada juga tentang diri ini yang ku sudah kenali sebenar-benarnya...
Aku selalu sedar akan apa yang sebenarnya hati ni mahukan sebenarnya tetapi diri ni juga sering menafikan dan menolak jauh2 kedalam hati ni dan inilah kelemahanku, tidak mahu meluahkan masalah kepada orang lain...
tetapi aku rasa masalah seperti ini terlalu peribadi...hmmmm...
aku rasa sudah sampai tiba masanya untuk aku betul2 bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri ni untuk menuju ke arah kebaikan dan bersungguh2 untuk melawan segala perkara yang menghalang aku untuk melakukan perkara tersbut...
aku selalu inginkan kejayaan tetapi aku tidak melakukan cara seseorang itu untuk mendapatkan kejayaan...untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup terutamanya dalam pelajaran, kejayaan di akhirat, aku tahu ia memerlukan pengorbanan yang besar dan semangat yang tidak berputus asa...
Akhir sekali, aku ingin katakan kepadaku bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya...

Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya memperbaiki dirinya terlebih dahulu...




Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T...




janganlah kita sentiasa bersedih kerana Allah S.W.T sentiasa bersama dengan kita...

Thursday, 19 May 2011

waktu subuh

Masa waktu subuh ialah waktu yang paling aku suka...baru sekejap tadi aku mendengar azan subuh di masjid...terasa dingin dan tenang pada waktu begini...selalu impikan akan dapat merasai ketenangan ini selalu tapi ketenangan ini hanya dapat dirasai waktu subuh saja...
Bersama ngan kawan semasa kat tepi pantai di Langkawi semasa waktu petang...