Saturday, 21 May 2011

coretan hati

Assalamualaikum..

Sering kali diri ini gagal untuk menempuhi ujian yang Allah S.W.T berikan kepadaku...
Baru sahaja diri ini melangkah untuk berubah untuk memperbaiki diri sendiri tetapi kemudian gagal dan diri ini terpaksa memulakan kembali perubahan ke arah kebaikan...
Memang tidak dinafikan pengaruh sekeliling sering kali melemahkan semangatku untuk melakukan perubahan
itu...
Kadang2 diri ini tidak menentukan dalam memilih antara kebaikan dan kejahatan...
Walaupun ibu bapa sering memberikan nasihat dan pedoman kepadaku tetapi diri ini masih melakukan perkara dilarang oleh Allah...
Diri ini juga sering merasakan di dalam hati ini sering gelisah dan merasa jiwa ini tidak tenang walaupun melakukan kebaikan...adakah kerana niatku tidak betul atau hanya melakukan kebaikan kerana hanya hendak mendapat pahala dan sekadar untuk menenangkan diri sendiri...
Diri ini sering mencari jawapan disebalik semua persoalan yang menimpa diri ini...sehingga kini masih tidak dapat juga ku menemui jawapannya...
aku cuba untuk mengenali diri ini dengan lebih mendalam tetapi ada saja perkara yang menghalang...tetapi ada juga tentang diri ini yang ku sudah kenali sebenar-benarnya...
Aku selalu sedar akan apa yang sebenarnya hati ni mahukan sebenarnya tetapi diri ni juga sering menafikan dan menolak jauh2 kedalam hati ni dan inilah kelemahanku, tidak mahu meluahkan masalah kepada orang lain...
tetapi aku rasa masalah seperti ini terlalu peribadi...hmmmm...
aku rasa sudah sampai tiba masanya untuk aku betul2 bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri ni untuk menuju ke arah kebaikan dan bersungguh2 untuk melawan segala perkara yang menghalang aku untuk melakukan perkara tersbut...
aku selalu inginkan kejayaan tetapi aku tidak melakukan cara seseorang itu untuk mendapatkan kejayaan...untuk mendapatkan kejayaan dalam hidup terutamanya dalam pelajaran, kejayaan di akhirat, aku tahu ia memerlukan pengorbanan yang besar dan semangat yang tidak berputus asa...
Akhir sekali, aku ingin katakan kepadaku bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya...

Allah S.W.T tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dirinya memperbaiki dirinya terlebih dahulu...




Sentiasalah berdoa kepada Allah S.W.T...




janganlah kita sentiasa bersedih kerana Allah S.W.T sentiasa bersama dengan kita...

No comments:

Post a Comment