Friday, 28 December 2012

jatuh.bangun.cuba.lagi.terus.bergerak.ke.hadapan

pAgi2 ni ada idea nak menaip..
cuba nak keluarkan idea di dalam fikiran ini..
ia dah dekat sangat dengan aku
ada di pintu menanti aku untuk buka pintu bersama-sama
tapi diri ini jatuh,jatuh,jatuh,jatuh,jatuh..
sakit,penat,lelah..
kuatkan juga semangat untuk bangun
percaya dan yakin di hujung nanti ada cahaya terang
ingat dan mengingati...
antara memori,kenangan...
patut dilepaskan atau dipegang erat,kemas,kuat...
tapi hakikatnya kena lepaskan..
Allah Maha Adil kepada ku
memberi aku peluang melakukan banyak kesilapan di menara gading
belajar daripada semua kesilapan yang banyak itu
bayangkan kalau banyak kesilapan dilakukan semasa di dunia luar
tak dapat dibayangkan..
rasaya tak perlu untuk fikirkan dia
isikan kesunyian di dalam hati dengan perkara yang lebih manfaat
ya, itulahh


Friday, 21 December 2012

Istanbul.aku.datang

bila tgk filem istanbul aku datang first time tak dapat tangkap apa mesej yg cuba disampaikan
tapi bila tgk 2,3 kali padahal 10 kali dah
barulah paham mesej apa yang pengarah bernard chauly ni cuba nak sampaikan
iaitu
JANGAN BIADAP dengan orang lain
sebab itu mencerminkan diri kita sebenarnya bila kita lakukan perkara tu
babak di mana haris bersabar dengan dian 
apa saja yang dian lakukan walaupun biadap
ambik maggi dia, bukak lagu kuat2, 
kena pukul dengan kawan dian...
tapi still haris ni tak biadap dengan orang yang biadap dengan dia
itulah pendirian yang haris ada..
jadi lepasni nak cuba terapkan satu pendirian kt diri sendiri
apa saja la
rasanya tak mahu biadap dengan orang lain
lagi satu lepasni jangan minta peluang kedua kepada si dia tapi mintalah peluang pertama
sebab peluang pertama si dia akan lebih hargai dan pilih berbanding beri peluang kedua 
walaupun orang itu dia dah kenal lama
serius filem ni buka mata aku dari sudut perspektif berbeza 
iaitu sudut sikap kita kepada orang
kalau kita mesra dengan orang lain
orang lain akan mesra dengan kita
ingat tu
yakinlah perkara berkenaan dengan perasaan ni
akan datang kepada kita kalau kita sebenarnya dah benar-benar bersedia
dari segi handle perasaan, perhubungan dengan rakan2,saudara-mara
tapi yang paling penting sayang dan layanlah ibu kita dengan penuh mesra
bagi hadiah, cium tangan,pipi ibu kita
share masalah dengan ibu kita, 
kongsi perasaan dengan ibu kita, 
yang paling penting ingat dan patuh nasihat ibu kita
ingat kita hanya ada seorang ibu saja
tak ada peganti yang lain selain ibu kita
sebab tu dalam filem tu ada ditunjukkan hari lekat gambar dia dengan ibu dia
maknanya dia dah letakkan ibunya sentiasa di dalam hati biarpun berada jauh di istanbul
sebab dia yakin dengan Allah dan doa daripada ibu dia
berbanding dengan Azad..
hmmm, harap aku tidak menjadi seperti Azad..
moga dijauhkan menjadi seperti dia
ingin jadi seperti haris yang ada pendirian, dan tidak biarkan jiwa dia kosong
walaupun berada di tempat yang jauh..

Tuesday, 18 December 2012

For.someone.


 Jodoh itu bagaikan pintu. Si gadis menunggu di sebalik pintu manakala si jejaka mencari gadisnya dari pintu ke pintu. Pintu si gadis mungkin dekat saja tapi si jejaka terlepas pandang dan meneruskan perjalanannya. Ia mengambil masa untuk dirinya membuat U-turn. Mungkin juga pintu si gadis telalu jauh maka si jejaka perlu mengembara jauh utk sampai ke pintu itu. Masa penantian gadis itu dan masa pencarian jejaka itu sebenanya merupaka masa untuk mereka mempebaiki diri masing2 supaya menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Apabila sudah tiba masanya, si jejaka akan menemui pintu yang ditakdirkan untuknya dengan sangat mudah dan penuh barakah serta ucapan salam. Si gadis menyambut ketibaan jejaka dengan jawapan salam dan senyuman yang paling manis ^_^

Percayalah pada jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Jangan risau atau gundah jika jodoh tidak datang lagi. Teruskan doa dan berusaha. Allah telah janjikan muslim yg soleh utk muslimah yg solehah dan kita semua tahu bahawa janji Allah itu pasti


Thursday, 13 December 2012

Minda.tenang

Pernah tak berada di dalam situasi di mana
orang lain rancak bersembang
kita hanya dapat mendengar apa yg dibicarakan mereka
terasa seperti tidak penting
diasingkan
masa lambat berlalu
salahkan diri sendiri
kemudian seketika dalam minda mengatakan kenapa jadi begini??
apa yang silap
silap apa
tak mengapa dan kemudian terus bersikap begitu
sedangkan kita berkawan baik dengan diorang
tapi..........................
tak dapat dijelaskan
hanya orang yg pernah alami saja tahu akan jawapan itu

kemudian pernah tak berada dalam situasi 
personaliti luaran hanyalah seorang yang pendiam
tapi di dalam hati kuat meronta2 mahu menjadi seorang yang mesra
tapi kenapa
hambatan yg menghambat diri ibarat.........
payah sekali berada di dalam situasi itu..

Tuesday, 11 December 2012

terima apa saja yang berlaku

tersentap dengan perkara yang berlaku semalam
bagaimana perasaan melihat wajah orang lain
lepas tu memberitahu perkara yang menyebabkan kita kesulitan di kemudian hari
mendengar nasihat, bukan celoteh wajah itu
mengatakan itu dan ini
rasa seperti mahu saja hamburkan mcm2 kata
tapi sabar saja 
itu saja mampu dilakukan saat itu
situasi ketika itu bagaikan menerima nota maut daripada malaikat maut
dan rasa seperti tiada masa depan yg cerah lagi
bagaimana riak muka selamba orang itu yang menyakitkan hati
penuh rasa ego, bangga diri
hasil daripada perbuatan diri sebelum ini yang tak mahu berubah
nah rasakan sendiri akibatnya yang sepahit hempedu malah pahit lagi
barangkali aku akan dapat juga situasi seperti itu apabila aku di alam pekerjaan nanti
bagaimana rasa jeleknya melihat wajah orang lain yg penuh ego
tapi alhamdulillah sekarang ni aku sudah mendapat pengalaman seperti ini
tak perlu rasa menyesal
cuba lihat situasi ini daripada sudut positif 
dan dari sudut pandangan daripada pengalaman sendiri sebelum ini
itu saja 
jangan biarkan diri teus saja terbelengu dan di dalam situasi itu
cuba jadi jiwa dan minda yang kuat
ingat kembali kata2 nasihat daripada ibumu
jangan lupakan
nasihat itu
perit macm mana sekalipun perkara itu 
semua akan berakhir tak kira cepat ataupun lambat
sabar ialah kuncinya
hati yang bersih adalah ubatnya
solat ialah senjatanya
yakin kepada Allah ialah penawarnya
Allah,Allah,Allah,Allah
wahai diri ini kalau kamu betul-betul bertakwa kepada Allah jangan lakukan maksiat
yakin kepada Dia
ingat kepada Dia
sentiasa berzikir kepada Dia
sentiasa Istighfar kepa Dia
belum terlambat lagi untuk lakukan semua itu..
engkau masih muda
tapi maut ada sangat dengan dirimu
ingat mati wahai diri ini
aku tak mahu jadi seperti orang yang tiada pendirian.

ubah sikap semua akan berubah..

Sunday, 9 December 2012

Lari.lari.lari

aku bukan la seorang yang sempurna 
aku tak peduli apa yang orang lain mahu katakan kepadaku
senyapkan bicaraku
cermatkan tingkahlakuku
jangan risau
jangan sedih
yakin.yakin.yakin.yakin.yakin.yakin.yakin.yakin
apa pun semua akan berakhir 
walau dalam apa pun perkara yang dilakukan
i put my finger into my eyes...
positve...
minda ke arah yg baik...
tak perlu fikir banyak sangat cari jawapan sebab takkan dapat jawapan
tunjukkan perangai sebenar mula2
pastu kita akan lihat siapa yg membuat penilaian




akan tetap tahu macam mana...

Saturday, 8 December 2012

cuba

masih aku ingat apa yang dikatakan ayah kepadaku
cuma satu perkataan sewaktu aku berangkat ke universiti
CUBA
aku sebenarnya tak mengerti apa yang ayah aku katakan kepada aku ketika itu
semasa berada di dalam bas dalam perjalanan aku berfikir tentang itu..
barulah aku megerti apa yang ayah aku cuba sampaikan kepada aku dengan satu perkataan itu
walau apa pun terjadi di u jangan letih untuk cuba lakukan apa saja
dalam pelajaran
dalam perhubungan dengan rakan2
dalam rutin seharian pagi petang siang malam
dalam sikap diri sendiri
dalam masalah di alami
cuba,cuba, dan cuba lagi..
tak salah pun kalau mencuba..
menjadi kesalahan kalau kita tak mencuba
kita takkan dapat pengalaman baru,
situasi baru
kawan baru, 
kejayaan baru,
oleh itu cubalah perkara yg baru
tapi ingat 
perkara yang baik saja
#NoteToMyself





Alhamdulillah :)

Sebelum ini tiga anak tangga berjaya dipijak dan berjaya didaki ke anak tangga seterusnya
berharap kepada Allah supaya selepas ini anak tangga ke 4,5,6,7,8 akan berjaya dilepasi
harap akan terus bersabar dan bersabar biarpun sebelum ini tak mendapat hasil yg diinginkan
tapi belajar daripada kesilapan itu yg penting
belajar dan terus belajar
tak mahu sandarkan hendakkan kejayaan atas sebab itu dan ini
tapi mahu sandarkan nak dapatkan kejayaan kerana Allah
niat itu yg penting sekarang ni dan selepas ini bila mahukan kejayaan
instuisi jangan diketepikan
kadang2 ia sangat penting
Semoga Allah memberkati dan memberi rahmat dan keampunan sepanjang belajar di sini..
Aamiinn :)








Saturday, 1 December 2012

Surah Al Fatihah


Terjemahan Surah Al Fatihah.

1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

3) Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

4) Pemilik hari pembalasan.

5) Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.

6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7) (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.



Mudah-mudahan selepas ini aku akan lebih memahami surah Al Fatihah semasa menunaikan solat.
Aaminn :)