Tuesday, 18 December 2012

For.someone.


 Jodoh itu bagaikan pintu. Si gadis menunggu di sebalik pintu manakala si jejaka mencari gadisnya dari pintu ke pintu. Pintu si gadis mungkin dekat saja tapi si jejaka terlepas pandang dan meneruskan perjalanannya. Ia mengambil masa untuk dirinya membuat U-turn. Mungkin juga pintu si gadis telalu jauh maka si jejaka perlu mengembara jauh utk sampai ke pintu itu. Masa penantian gadis itu dan masa pencarian jejaka itu sebenanya merupaka masa untuk mereka mempebaiki diri masing2 supaya menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya. Apabila sudah tiba masanya, si jejaka akan menemui pintu yang ditakdirkan untuknya dengan sangat mudah dan penuh barakah serta ucapan salam. Si gadis menyambut ketibaan jejaka dengan jawapan salam dan senyuman yang paling manis ^_^

Percayalah pada jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Jangan risau atau gundah jika jodoh tidak datang lagi. Teruskan doa dan berusaha. Allah telah janjikan muslim yg soleh utk muslimah yg solehah dan kita semua tahu bahawa janji Allah itu pasti


No comments:

Post a Comment