masih aku ingat apa yang dikatakan ayah kepadaku
cuma satu perkataan sewaktu aku berangkat ke universiti
CUBA
aku sebenarnya tak mengerti apa yang ayah aku katakan kepada aku ketika itu
semasa berada di dalam bas dalam perjalanan aku berfikir tentang itu..
barulah aku megerti apa yang ayah aku cuba sampaikan kepada aku dengan satu perkataan itu
walau apa pun terjadi di u jangan letih untuk cuba lakukan apa saja
dalam pelajaran
dalam perhubungan dengan rakan2
dalam rutin seharian pagi petang siang malam
dalam sikap diri sendiri
dalam masalah di alami
cuba,cuba, dan cuba lagi..
tak salah pun kalau mencuba..
menjadi kesalahan kalau kita tak mencuba
kita takkan dapat pengalaman baru,
situasi baru
kawan baru,
kejayaan baru,
oleh itu cubalah perkara yg baru
tapi ingat
perkara yang baik saja
#NoteToMyself





No comments:
Post a Comment