Tuesday, 11 December 2012

terima apa saja yang berlaku

tersentap dengan perkara yang berlaku semalam
bagaimana perasaan melihat wajah orang lain
lepas tu memberitahu perkara yang menyebabkan kita kesulitan di kemudian hari
mendengar nasihat, bukan celoteh wajah itu
mengatakan itu dan ini
rasa seperti mahu saja hamburkan mcm2 kata
tapi sabar saja 
itu saja mampu dilakukan saat itu
situasi ketika itu bagaikan menerima nota maut daripada malaikat maut
dan rasa seperti tiada masa depan yg cerah lagi
bagaimana riak muka selamba orang itu yang menyakitkan hati
penuh rasa ego, bangga diri
hasil daripada perbuatan diri sebelum ini yang tak mahu berubah
nah rasakan sendiri akibatnya yang sepahit hempedu malah pahit lagi
barangkali aku akan dapat juga situasi seperti itu apabila aku di alam pekerjaan nanti
bagaimana rasa jeleknya melihat wajah orang lain yg penuh ego
tapi alhamdulillah sekarang ni aku sudah mendapat pengalaman seperti ini
tak perlu rasa menyesal
cuba lihat situasi ini daripada sudut positif 
dan dari sudut pandangan daripada pengalaman sendiri sebelum ini
itu saja 
jangan biarkan diri teus saja terbelengu dan di dalam situasi itu
cuba jadi jiwa dan minda yang kuat
ingat kembali kata2 nasihat daripada ibumu
jangan lupakan
nasihat itu
perit macm mana sekalipun perkara itu 
semua akan berakhir tak kira cepat ataupun lambat
sabar ialah kuncinya
hati yang bersih adalah ubatnya
solat ialah senjatanya
yakin kepada Allah ialah penawarnya
Allah,Allah,Allah,Allah
wahai diri ini kalau kamu betul-betul bertakwa kepada Allah jangan lakukan maksiat
yakin kepada Dia
ingat kepada Dia
sentiasa berzikir kepada Dia
sentiasa Istighfar kepa Dia
belum terlambat lagi untuk lakukan semua itu..
engkau masih muda
tapi maut ada sangat dengan dirimu
ingat mati wahai diri ini
aku tak mahu jadi seperti orang yang tiada pendirian.

ubah sikap semua akan berubah..

No comments:

Post a Comment