Sunday, 29 May 2011

What i thinking right now.

Assalamualaikum...^_______________^
Wah!!~~...tajuk dalam bi tu tapi nak cerita dalam bahasa melayu...hakhak...XD
hmmm...hari ni paling best sebab dapat makan pizza banyak kali hahaha...my mum masak pizza banyak giler sampai adik2 aku kenyang sekali ngan aku ...XD
ok, hari ni adik aku masuk ke universiti balik...UITM kat seberang perai dan aku tadi sempat melawat dia kat sana untuk hari pertama dia kat sana...hahaha...serius aku cakap yang situasi yang dilalui dia sama ngan aku masa aku mula2 masuk ke UUM...haha...XD
ok, malam ni pun pegi tengok dia balik sebab mak ngan ayah aku nak bagi dia barang yang dia tertinggal masa pagi2 tadi nak bertolak ke sana, maklumlah dia siap2 barang cukup masa bayangkan waktu pagi tu jygak dia kemas barang dia letak kat dalam kereta, nasiblah UITM ni dekat ja ngan rumah aku...hahaha...Fuh~~...
hari ni jugak merupakan tarikh nak kata penting jugak sebab aku buat akaun twitter hari ni dan sampai sekarang camna twitter ni berfungsi hahahaha...serius!!!...
aku rasa nak naik bengang ngan twitter ni...hmmm takpela mungkin sekarang twitter ni aku rasa takda kegunaan tapi siapa tahu di kemudian hari aku akan gunakan...XD
hmmm, nak cerita apa lagi ya...sebenarnya aku wat blog ni pun dalam minggu lepas ja, daftar akaun blog minggu lepas hari ahad, ya sama macam hari ni...kiranya dah seminggu jugak aku wat...
Alhamdulillah follower pun dah ada 12 orang...hehehe...Thank kepada yang follow blog saya...XD...terutama kepada Neddynadia ye!!...girl yang pertama komen kat ruangan chat hijau tu...XD
sebenarnya dah lama teringin nak wat blog ni tapi masa dan keadaan yang tak mengizinkan aku nak daftar blog ni
hmmmmm...masa kat universiti pulak tak leh nak wat sebab dia blok benda2 cenggini...hahaha...
jadi layan facebook je la sampai aku rasa boring...
hari ni aku tak tahu kenapa ku rasa sangat berlainan perasaan ni...tak tau nak gambarkan mcam mana tapi hmmm...maybe hmmm takde apelah...ok cerita lain pulak...
ok hari rabu ni aku akan mula kerja kat kfc dan aku tak tau lagi position aku kat bahagian mana tapi aku harap ku kat bahagian buzzer sebab walaupun kerja dia berat tapi aku enjoy kerja dengan cara cenggitu...sampai sekarang aku masih teringat2 kerja yang aku wat masa kat kfc...hahaha...
haaa...aku tak tau kenapa sejak kebelakangan ni cuaca terasa sangat panas tak kira siang atau malam...sampai aku rasa berpeluh2 dan sentiasa rasa dahaga...hmmm...adakah ini satu ujian daripada Allah ataupun fenomena biasa...
ok...aku tak kenapa malam ni aku terasa nak tulis banyak dalam blog ni...kalau tidak malam2 sebelum ni aku rasa takde mood nak tulis/taip kat dalam blog ni...
buat masa sekarang ni aku tak dapat nak upload banyak gambar  sebab usb aku tak beli lagi untuk hanset aku kalau tidak dah banyak gambar aku letak kat dalam blog ni...
takpe pasni aku kan letak banyak gambar dalam ni sampai aku tak larat nak letak...hahaha...XD
buat masa ni aku tak dapat kreatifkan diri aku untuk blog ni tapi lepas ni aku dah dapat idea dan dapatkan idea daripada blogger lain aku akn upgrade blog aku ni...hehehe...^___________^
sekarang layan lagu faizal tahir tajuk sampai syurga...terasa tenang biler dengar lagu tu walaupun tak suka sangat faizal tahir ni...sebenarnya paling best bila dengar lagu daripada Band Indie ni BUNKFACE!....hahahaha...
Mula minat ngan band ni masa aku tingkatan 6 bawah...semuanya bermula bila aku dok syok layan hot fam pastu tetiba,jap2..aku mula2 dengar lagu bunkface ni masa aku gi langkawi pastu my cousin bagi dengar lagu band ni...hahahaha...aku ingat lagu tajuk lagu band ni silly lilly, high school rocker...pastu lepas tu baru aku dengar lagu situasi...pergh masa first time dengar aku dah rasa berderau darah aku, rasa macam ada jiwa lagu ni dan sampai sekarang aku rasa lagu ni paling best...hahahaha...ok...
hmmm..
aku nak tanya sangat kat sesiapa kat luar sana satu soalan ni...
kenapa kita selalu tak dapat perkara yang kita nak sedangkan kita selalu dapat perkara yang kita tak nak dan kenapa selalu diri sendiri tak dapat nak kalahkan nafsu yang selalu menguasai diri dan selalu saja kalah kepada nafsu dan selalu rasa tak cukup dan kenapa jugak diri sendiri sering rasa gelisah kepada perkara yang tak berlaku lagi dan selalu terfikir akan perkara yan dah berlalu dan asyik terkenang tu...hmmm
ni lah perkara yang selalu bermain di fikiran...sampai sekarang takde jawapan...aku harap aku akan dapat jawapan ini nanti...
aku sebenarnya dah lama melihat seseorang ni dan semestinya bukan daripada blog dan sewaktu dengannya tapi kat tempat lain....huhu...
of course girl...kat universiti...sebenarnya tak rapat sangat pun  ngan dia tapi pernah jugak bersembang ngan dia tapi tak lama dan tak banyak sangat ngan dia tapi entahla bila dekat ngn dia terasa mcm feeling weird waaa~~ gitu...XD
layan lagu blue malam2 cenggini...cewah...bila rasa malam2 cam ni mula lah rasa jiwang tu terlebih dos...hahaha...XD
hmmm, dia tak lah orang pertama yang aku jumpa tapi dia entah tak tau aku nak cakp mcm mana...hmmm
Aku selalu mengidamkan nak jadi seperti lelaki soleh seperti dalam gambar ni, aku berharap aku dapat menjadi lelaki, anak, pelajar, rakan, suami yang soleh(belum lagi..hehe)...Amin...^________^




Rasa tenang saja hati ni bila melihat wajah budak ni...^________^

 ok......




No comments:

Post a Comment