Friday, 13 April 2012

merapu

apa la yang aku merepek ni...hahaha... :)
nak melukis tapi tak jadi...
last2 aku lukisan ni, aku saja yang faham...ok la tu...hahaha...XD

sendirian/pintu


Ya, aku sendirian tapi aku tak perlu risau... :)
Allah ada di samping aku
perasaan risau tu makhluk Allah
Aku hanya perlu berserah diri kepada Allah, serahkan hal berkaitan jiwa kepada-Nya
selepas tu aku tenang...
pintu itu akan dapat aku buka selepas aku berjaya lalui semua ujian daripada-Nya
aku ingin melihat apa yang ada disebalik pintu itu...

p/s : percubaan pertama lakukan lukisan ini... :)


SituasI

situasi realiti yg perlu dilalui, ingin berjaya, terus mencuba, tapi tak berdaya, kuatkan smangat, pedulikan apa yang orang 'kata'... ya...
jangan risau, kalau bersusah dulu, pas tu akan senang dan gembira...percayalah, jangan risau...
aku akan cuba lakukan perkara ni dan sama2 kita lakukan...

1) Bila nak belajar amik wuduk dulu...(akan lakukan secara istiqamah(berterusan))

2) lepas solat baca surah Al fatihah pastu sedekahkan kepada  kedua ibu bapa...

3) sebelum tido maafkan semua kesalahan yang orang lain lakukan kepada kita ( jiwa kita akan jadi besar)

4) bersangka baik kepada orang lain mcm mana sekalipun...

cuba lakukan perkara ni, ya, cuba lakukan, selagi tak mencuba kita takkan dapat merasa perkara ni dan sampai bila2 pun takkan lakukannya...
aku bukanlah lelaki soleh yang baik seperti orang lain, tapi aku akan CUBA...
baru kutahu besar makna perkataan ni...
biarlah apa orang nak kata...
aku yakin kepada Allah...
aku tahu yang aku sememangnya perlukan Allah dalam hidup aku, dalam setiap apa yang aku lakukan...

p/s : niat ikhlas lakukan perkara ni kerana Allah...ye HATI, sudah tiba masa kamu ikut perintah diri ni...
      

Monday, 9 April 2012

Malam ini aku bersendirian sambil menulis blog
sebenarnya aku tak ada idea menulis blog pun
sambil di dalam mindaku berlegar-legar perkara yang harus aku siapkan sebelum tamatnya cuti ni dan aku mcm biasa...
aku tidak seperti dia, dan seperti dia, dan seperti dia
aku adalah aku
ya itu yang selalu aku katakan untuk sedapkan hati ni
tanpa aku sedari aku membebankan hati ni memikirkan perkara yang tak sepatutnya
sampai kelihatan  di wajahku
usiaku masih muda
lakukanlah perkara kebaikan sebanyak mungkin
mana tahu esok nyawaku sudah tiada
ya...itulah juga perkara yang sering aku fikirkan
tangguh, tangguh, dan tangguh...
juga perkara yang sering berlaku
aku tidak peduli
ya, tidak nafi, tidak berdalih, tidak sangkal, tidak tolak ke tepi
aku kehabisan semangat, tapi tak akan sesekali berputus asa kerana aku tahu sentiasa ada rahmat daripanya jika aku yakin dan bertakwa kepada-Nya...
ya, itulah...
aku tidak seperti orang lain, yang sentiasa berfikiran jelas...
pandai memberi nasihat, pandai mengawal diri...
tapi aku takkan, takkan sesekali lupa pada Allah...

Sunday, 18 March 2012

perbaiki diri sendiri

"Ketika aku muda, aku ingin mengubah seluruh dunia. Lalu aku sedari, betapa sukar mengubah seluruh dunia ini, lalu aku putuskan untuk mengubah negaraku saja. Ketika aku sedari bahawa aku tidak boleh mengubah negaraku, aku mula berusaha mengubah bandarku. Ketika aku semakin tua , aku sedari tidak mudah mengubah bandarku. Maka aku mula mengubah keluargaku. Kini aku semakin tua, aku pun tak boleh mengubah keluargaku. aku sedari bahawa satu-satunya yang boleh aku ubah adalah diriku sendiri.


Tiba-tiba aku tersadarkan bahawa bila saja aku boleh mengubah diriku sejak dahulu, aku pasti boleh mengubah keluargaku dan kotaku. Pada akhirnya aku akan mengubah negaraku dan aku pun boleh mengubah seluruh dunia ini. "


Tidak ada yang boleh kita ubah sebelum kita mengubah diri sendiri. Tak boleh kita mengubah diri sendiri sebelum mengenal diri sendiri. Takkan kenal pada diri sendiri sebelum mampu menerima diri ini apa adanya.


Saturday, 17 March 2012

pertemuan...

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu: TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu : SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu : “SAHABAT”.
bunga2 yg cantik...


kedamaian hati...
 

Friday, 16 March 2012

jantung...

Assalamualaikum...
pagi ni aku tengok cerita jepun yg berkisar tentang seorang pemuda yang jantungnya sangat lemah dari dia kecil sampai besar...
bagaimana dia tidak boleh melakukan perkara yang berat, bersukan...
tapi keazaman dia melalui hidup sangat tabah...
ini membuatkan aku berfikir sejenak tentang jantung yang berada di dalam dadaku...
bagaimana kalau jantungku ini tidak berfungsi secara tiba2...
walau sesaat pasti terasa sangat terseksa dan kesakitan yg tak terhingga...
sakit...ya, itulah rasanya...
syukur alhamdulillah Allah memberi aku kesihatan yang baik...
semua anggota di badan ini dan dan di dalam berfungsi dengan baik
mengikut kehendak-Nya...
dapat merasa apa yang diingini...
dapat melihat...
dapat berjalan...
dapat mendengar...
dapat menghidu...
dapat berfikir...
semua situasi dapat aku alami...
masihkah aku tidak mahu bersyukur lagi...
masihkah aku mahu melakukan maksiat kepada diri sendiri...
masihkah aku mahu sombong kepada Allah dan orang lain...
masihkan aku mahu meninggalkan solat lagi...
persoalan...ya, itulah persoalan...
tanda tanya...
tidak...
itu...