Friday, 23 November 2012

Situasi.yang.saya.lalui.tak.sama.dengan.kamu

Mula dengan penuh rasa kesyukuran kepada Allah..
situasi sekarang ni tgh hujan turun membasahi bumi..
rahmat tuhan turun dikala waktu begini..
dan dikala ini juga ada ilham untuk menulis..
nukilan yg penuh daif mahu ditaip ketika ini..

ikut rasa hati memang takkan puas dengan apa yg dimiliki sekarang..
tapi kata ini,ya, SYUKUR, itu yang penting..
nikmat yang sedikit hadir kena bersyukur..
tak kira apa pun rezeki itu..

berjaya dan gagal selalu hadir..
tapi kata ini,ya, UJIAN, itu yang penting..
walaupun tewas kemudian bangkit semula,
tapi hati yakin dengan janjiNYA akan ada kemudahan selepas kesulitan..

senjata paling hebat di dunia bukanlah senjata..
tapi kata ini,ya, DOA, itu yang penting..
selepas solat dan tak kira dimana berada akan kita berdoa,
dikabulkan atau tidak yg penting kita mesti YAKIN..

merangkak, berdiri, kemudian berlari...







Sunday, 18 November 2012

ApaYgAdaDalamMinda

Ketakutan menjadikan sesuatu masalah menjadi sulit dan sukar diselesaikan...
Sebelum tidur maafkan kesalahan orang lain dan jangan terlalu fikirkan sangat apa akan terjadi esok hari...





Sunday, 16 September 2012

Your life does not get better by chance, it gets better by change.



Asssalamualaikum...
Malam ni tak dapat lelapkan mata lagi jadi nak kongsikan video yg baru lihat tadi kat fb terus rasa mcm nak kongsikan di sini... ^___^

Tuesday, 14 August 2012

:.ringkasnya.:

cuba dan cuba lagi, segala kisah yang berlaku ibarat puzzle yang bersepah dan berselarakkan di ruang minda dan cuba cantumkan semua puzzle itu dan akan dapat jawapan 'itu' nanti...biar lama kerja yang aku lakukan sekarang ini tapi akan kukuh di kemudian hari...bersabarlah
senyum..: ^________^

Tuesday, 12 June 2012

di sudut kosong mindaku

Assalamualaikum...
menulis nukilan di kala waktu begini...
idea datang dan diri ni merasakan perlu untuk menulis sesuatu di dalam ni...
hati diketuk dan terdetik, ya mungkin itulah ungkapan yg tepat..
pedulikan, orang tidak akan baca apa yang ku tulis ni...
percaya atau tidak, itu terpulang,
ada hati dan akal,
bebas menulis apa saja tapi awas ada yang memerhati, percayalah...
seperti kita melihat orang lain tapi dia tidak perasan tentang itu
keadaan kian runcing dengan situasi memeningkan empunya diri
sebenarnya mengenali seorang wanita itu sangat,sangat, sangat susah...
percayalah...
aku sebagai lelaki sering kali gagal untuk memahami perkara ini...
apa caranya untuk aku menafikan apa yang aku katakan ni...
tak mungkin ada, ya mungkin,
puas berbicara dengan orang lain, dan diri sendiri, masih tak temui jawapan,
di kala aku kelas terakhir,
melihat gelagat dua orang sahabat ini,
saling kejar-mengejar seperti kanak-kanak di luar
melihat gelagat itu aku tertawa di dalam hati...
kenapa mereka boleh begitu sedangkan aku tak boleh...
mungkinkah kerana sikap yg tak mesra,
ahhh, itu hanya andaian,
aku ingin begitu,
inilah peluangnya,
apa yang akan berlaku untuk masa depan, aku kena lakukan sesuatu untuk masa sekarang ni...
jangan teragak-agak...
mungkin apa yang aku lakukan hari ni aku akan dapat apa yang aku impikan selama ini tapi tidak mungkin sekali sama apa yang aku fikirkan...percayalah...
ungkapan kawan sememangnya sering kali disalah ertikan bila dengan perempuan...
bila mesra dikatakan itu dan ini...
pening memikirkan semua ini...
keadaan,situasi takkan pernah sama bila di tempat lain, tempat baru
ada saja cabaran dan dugaan
begitu dengan orang lain...

Wednesday, 30 May 2012

Kelas yang terakhir...perasaan...XD

Assalamualaikum...
sekarang ni baru dapat mood nak tulis sesuatu kat blog...
selama ni aku nak sangat nak bergambar dengan dia tapi aku tak sedar yang kat kamera orang lain gambar aku banyak dan aku pun tak tahu bila masa gambar tu diambil...
serius...
masa balik kelas serving tadi aku balik sambil rasa kecewa yang teramat sangat sebab sem depan tak sekelas dengan dia...
kenapal aku nak rasa mcm tu sebab mana aku tahu apa yang akan berlaku untuk sem depan dan apa pun...
kenapa, kenapa, kenapa...ok sekarang ni
aku dengar lagu daripada kumpulan fun. hahaaha..
lagu ni membuatkan aku dan membangkitkan mood aku...





Thursday, 3 May 2012

Makan steamboat bersama rakan2 coursemate

Assalamulaikum...
semalam untuk pertama kalinya aku makan steamboat di kuala perlis...
bersama dengan rakan2 menaiki kereta sewa...haha
perjalanan tak lama pun terasa jauh...
masa tu bertolak pukul 6.45...
selepas tu singgah solat maghrib di masjid hmmm, tak ingat la nama dia tapi berhadapan dengan istana perlis...
suasana di hadapan istana perlis sungguh cantik dengan pemandangan kilauan lampu seperti di ict shah alam..seriously memang cantik...
lepas terus pergi ke tempat steamboat tu...
kalau tak silap kedai makan steamboat tu berhadapan dengan ikbn atau ilp kuala perlis...haha
maklumlah waktu malam tak nampak semua tempat dengan jelas semalam...huhu
pastu masuk kedalam kedai duduk di meja untuk 10 orang...
aku perhatikan suasana di kedai tu lengang saja...tak ramai orang...
kalau tak silap masa tu baru sampai kul 8.25...haha
masa tu semua orang ada kat rumah lagi kot, tgh bersiap2...
kedai tu ramai bila start kul 9.15...haaaa
ok, pastu semua amik makanan dengan banyaknya tanpa hiraukan saiz perut masing2...hahaha
tapi aku amik sikit saja sebab aku tahu aku mcm mana, dan aku tahu nak tak nak nanti kena habiskan makanan yg kawan2 aku amik tu...ahaha
fikir ke depan tu...
continueeeeee~~~~