semenjak masuk ke universiti
sudah banyak ku dengar berita kematian kenalan yg ku kenal
semester ini 3 berita kematian kenalan yg ku kenal
berita kematian yg pertama ialah ketua kelab fasilatitor
sebelum ku mendengar berita kematiannya
aku selalu melihat dia di tempat rehat di penginapan kolejku
melihat television dan bergelak ketawa dgn kawan2 dia
tetapi kemudian semasa cuti semester aku dengar beritakematian dia
dia kemalangan jalan raya
dia menaiki motosikal dan kemalangan
dan kemudian juga ahli dalam kelab fasilitator
dia juga aku kenal semasa dalam kelas spanish
dia senior aku tapi kursus lain
aku dengar berita kematian dia masa semester ini
dia ada jangkitan kuman dalam paru-paru
dan dia meninggal semasa di hospital
dan akhir sekali kawan aku semasa di kelas kokurikulum pembimbing rakan sebaya
dia group A dan aku group B
kami mula rapat semasa semester terakhir kelas ko k
kami mula bersembang semasa kami buat aktiviti bersama kedua-dua group
buat lawatan ke cameron highland
jujur aku katakan dia sememangnya disegani kawan2 dia
dia juga seorang yg peramah, mesra dan pandai bergaul dgn rakan2
aku dengar berita kematian dia semasa cuti pertengahan ini
sebelum cuti itu aku selalu lihat dia berjalan seorang diri di dalam library
dan aku sekadar hanya tersenyum dan melambai ke arah dia
tidak terdetik di hati aku untuk bersembang dan bertegur sapa
sampai sekarang aku masih teringat2 situasi itu
tetapi itulah ajal dan maut di tangan tuhan
ia datang pada bila2 masa
siapa pun tak tahu
melainkan Allah
kita perlu sentiasa bersedia
diri ini pun janganlah terlalu leka
dgn hidup ini
jangan ingat kita hanya akan mati bila dah tua
tidak
jangan sesekali berfikiran begitu
bersedia dan kumpul seberapa amal kebaikan dan pahala yg kita boleh lakukan
itu lah peluang kita
hargailah