Aura semasa solat
Sunday, 10 November 2013
pilih
Kita yang pilih apa yang kita nak buat dan siapa yang kita nak jadi.
Dan kalau nak kata orang akan kata macam-macam.
Tetap otak tu dalam kepala kau.
Letak paling tinggi dari semua organ badan.
Dan Tuhan tu kan memberi kita akal.
Jadi, fikir.
Mana yang betul, mana yang salah.
Mana yang baik, mana yang jahat. Lepas tu, pilih.
Tuesday, 5 November 2013
Sunday, 3 November 2013
Buat Orang rasa Bersalah B.O.B
perkataan yang Matlufti katakan dlam video terbaru dia
dari zaman persekolahan sampailah alam universiti
orang yang buat kita rasa bersalah selalu akan ada
tak kiralah dalam satu situasi, beli barang baru, tak buat trend itu ini...haha BOB
selalunya yang buat kita rasa bersalah ni kawan2 kita
lawak yang buat kita rasa bersalah
makan dalam kot menusuk dalam hati
nak tak nak kena la telan apa yang diorang kata tu
kalau tak bergaduh, masam muka lepas tu..
jadi kalau tak nak orang lain buat kita rasa bersalah
jangan buat orang lain rasa bersalah...
peace \m/ hehe :D
![]() |
| kalau orang lain buat kita rasa bersalah buat je muka mcm ni, confirm dia....haha \m/ |
Monday, 28 October 2013
sedari
Assalamualaikum
pada ketika menulis blog ini hujan sedang turun dgn lebatnya
baru aku sedari hujan turun dengan cuaca sejuk dan keadaan gelap
biarpun baru pukul 5.20 ptg
dan sebenarnya hari ini baru lepas pilihanraya Universiti Utara Malaysia
situasi sama seperti pilihan raya umum 13
cuma tiada dakwat kekal sahaja di jari...
sebenarnya bila kita sedari baru kita ketahui perkara itu sudah menjadi kenangan
dan akan terus kekal di ingatan selama-lamanya
tapi percayalah peristiwa, situasi di masa hadapan sebenarnya lebih berharga
Sunday, 27 October 2013
Lagu niii... :(
ikatan itu mungkin tidak akan terjadi jika sudah ada persahabatan...
jadi dalam diam, diam, hanya mampu dari kejauhan... :(
Friday, 18 October 2013
:..Tengkorak hati..: \m/
'Jika kau mahu nyanyilah lagu yang aku bawa kepada mereka' Bunkface
bila dengar lagu bunkface terbaru ni Rentak lagu ku memang terbaik la
terus semangat nak tempuh apa saja masalah dan ujian situasi di u...
serius aku dah lihat perubahan yang band bunkface alami
daripada mula2 dikenali sampai sekarang
personaliti, karakter, pendirian, imej
lain daripada lain
daripada mula2 lagu Situasi
sampaila yang terbaru Rentak lagu ku
aku belajar sesuatu daripada band bunkface ni
'tempuh semua perkara walau apa pun yang terjadi
jadi diri sendiri dan yakin sepenuhnya keupayaan sendiri dan
kembangkan fikiran, open minded'
| kalau sebelum ini hanya melihat ke kanan sahaja, sekarang ni cuba pula lihat ke kiri pula, bila gembira, aura positif akan selimut diri lepas tu peluang akan muncul di depan mata \m/ |
Subscribe to:
Posts (Atom)


