Thursday, 23 February 2012

dalam menuju kedewasaan

Assalamualaikum...
pada waktu ni hujan turun dengan lebat, waktu maghrib, Alhamdulillah dah solat...
situasi memang situasi tiada perkataan lain...persepsi, biarkan saja...
rasa gelisah tiada henti...mendengar apa yang orang lain kata apabila sedang berjalan tapi sebenarnya tidak ada pun...
berjalan seorang diri, rasa sunyi, rasa sepi, tiada orang lain...
bila semua ini akan berakhir...
aku harus bersyukur, jangan mengeluh...
banyakkan berdoa dan lakukan kebaikan...
aku mahu Allah menolong aku dalam setiap apa yang aku lakukan di sini...
sudah lama aku impikan situasi begitu...
inginkan situasi bila belajar terasa tenang dan senang faham dan dapat menjawab soalan exam dengan lancar dan tiada masalah...
bila akan tiba ketika itu...
adakah sampai...
jangan dipertikaikan lagi...
ingat apa yang perlu dilakukan...
seperti hujan yg turun membasahi bumi mengikut perintah Allah dengan taat tanpa membantah pun...
tetap turun ke bumi memberi kedamaian kepada manusia...
hadirkan rasa berkeyakinan semasa berjalan, belajar, bercakap dgn orang lain....
orang lain sentiasa melemahkan dan mengata yg bukan2...
tetapkan pendirian...
usah goyah...
ya, memang aku selalu goyah tapi aku tidak mahu goyah lagi...
hujan semakin lebat ketika ini...
terasa tenang...
dah lama tidak merasakan hujan di waktu maghrib begini...
itulah dikatakan...
sepatah, dua patah, tiga patah, tidak akan cukup...
nada tak ikhlas, terasa di di telinga...
apa persepsi aku...
ah, biarkan saja...
janji hati mesti bersih...
tiada bintik hitam yg menyelaputi hati...
biar terang dengan cahaya daripada Allah...

Sunday, 8 January 2012

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Assalamualaikum...^^
sekarang ni ada idea nak menulis apa... :)
keadaan sering memaksa seseorang itu, Betul!, percayalah...
Sekarang ni aku sedang mendengar lagu Avril Lavinge...I'M wITH yOU...
mendayu-dayu lagu dia...
memberi aku ilham nak tulis apa kat sini sekarang ni...
semalam bayangkan aku berjalan seorang diri kat dalam kampus UUM...
dengan tak da orangnya dan tersangatla sunyi dan boleh rasakan kehadiran benda lain tapi aku tak nampak benda tu...kalau la aku nampak konfem aku pengsan kat dalam kampus besok baru aku bangun...
aku tak tahu kenapa aku wat camtu semalam...
dahla aku berjalan kaki punyalah jauh boleh dikatakan nak dekat 5 kilometer aku berjalan jugakla...
aku confius semalam...
adasatu moment tu aku rasa keliru seketika dan terasa mcam ada sesuatu sedang melihat aku kat tempat yang aku berjalan semalam...
aku harap benda tu tak ikut aku balik la semalam...
janji aku fikir yang positif saja...ok
ok semalam aku buat pertama kalinya aku 
pastu semalam kawan aku amik aku dengan moto dari bukit kachi ke dewan mas...jauh tu..haha 
apa2 la...janji aku sampai bukit kachi so whatever...
semalam aku rasa lega sangat tak tau kenapa...
mungkin sebab aku dah kata apa yang aku k=nak kata kat seorang perempuan ni...
aku pendam dan lama sebenarnya tapi nak wat camna aku kata dan luahkan kat dia nak dekat abis2 sem camni...hahaha
aku tertanya2 jugak kenapa aku wat camni kat diri aku dan dia...dah rasa sakit sangat hati ni bila kenangkan perkara tu...serius...
sepatutnya aku susun ayat betul2 kat dia baru dia faham...ok
ok sebenarnya aku luahkan perasaan suka kat dia tapi sebenarnya aku cuba bagitahu kat dia tentang keadaan yang sebenarnya dan situasi aku dengan dia sebelum ni yang tak berapa nak betul dan aku tak boleh nak nafikan yang memang aku ni teruk jugak tapi sebenarnya semua ni pertama kali bagi aku hadapi perkara sedemikian dan aku keliru...
baru aku fahami maksud menuju kedewasaan ni macm2 perkara yang perlu kita lalui dan kena hadapi tak kiralah benda tu pahit atau manis dan aku rasa sendiri...
bila aku fikir balik nak tergelak pun ada yang aku ni mampu untuk lalui semua perkara it...

Monday, 26 December 2011

Revolusisituasiekstravaganzapanikdunia...XD

Akhirnya waktu pagi ni aku ada idea nak tulis ape setelah penat memikirkan idea 
untuk menaip ape dalam blog ni...
Waktu sekarang ni aku melayan perasaan aku sambil mendengar lagu Nitrus Cinta...
lagu kenangan aku masa tingkatan 6 dan aku tidak akan lupakan sama sekali lagu ni sampai bila2..
 Sungguh, kenangan terlalu banyak..
tiba masa untuk memberi ruang kepada kenangan baru...
serius aku katakan yang hidup ni sangat singkat
peluang tak selalu datang
tapi bila ada peluang dilepaskan
dan serius aku katakan yang aku tak pandai untuk menulis kata2 seperti di dalam buku sastera
tapi sekadar menulis saja tentang apa itu kenangan..

Di keheningan waktu pagi
aku bangun
mandi, kemudian solat subuh dan selepas tu sarapan
mencium tangan ibu dan bapa ku
kemudian menaiki kereta ke sekolah 
meletakkan kereta di tempat parking
sambil mendengar lagu di siaran radio Xfm
masih ingat lagi mendengar lagu situasi kumpulan Bunkface!
menjadi santapan kepada telinga ku untuk mendengar
kumudian terlihat kelibat si dia di hadapanku
turun daripada motosikal
kemudian mencium tangan ayahnya 
berjalan penuh harapan, aku pasti...
sambil memegang buku dan botol air berpenutup warna biru
dan memakai wangian semerbak
berjalan menuju ke kelas enam Intelek
kagum aku melihat dia 
kenapa aku tidak berfikir ketika itu
sungguh, masa itu tidak akan kembali lagi
walaupun aku minta beribu kali
perkara itu supaya diulangi tetapi tetap tidak akan juga kembali...percalayalah


Kenangan, memory...
 
 aku rasakan diriku seperti di dalam gambar ni...
perasaan yang sangat sunyi dan sepi...
masih mencari apa yang aku inginkan sebenarnya...
tak mahu ikut apa yang orang lain lakukan...
ingin menjadi diri sendiri...
biarlah apa yang dikatakan...
tetaplah dengan pendirian...


Saturday, 17 December 2011

Puzzle in My Mind











Masakan yang akan aku ingati sampai bila2...XD

Cebisan cerita yang aku ingin tulis

'' Aku ingin berubah ''
ya, itulah kata2 yang sering aku ungkapkan selama ini dan selama itu juga aku sentiasa gagal untuk memperbaiki diri aku...
Aku inginkan dia tapi aku tak pernah pun menjadikan diriku baik dan dijadikan untuk dia...
sikap aku yang tak pernah berubah...
aku takut
aku lurus bendul
dibayangi dengan pengalaman silam dulu...
perit aku rasakan dalam hati ni
boleh bayangkan mcm mana kita berjauhan dengan Dia
rasa terseksa hidup ni
tanpa ada pertolongan daripadaNya
sentiasa diingati oleh ibu supaya mengikut perintahNya tapi diri ini tetap degil
mengikut nafsu yang kuat
sentiasa inginkan keseronokan
sentiasa inginkan kesenangan dan tak mahu kesusahan langsung
bila ada masalah diri ini terasa macam tak tentu arah dan rasa mcm jadi gila
ya memang tak dinafikan aku sentiasa melarikan diri daripada masalah
sentiasa mendengar lagu umpama lagu tu sebagai dadah untuk menenangkan fikiran ini
rasa tenang seketika saja
tapi selepas itu gelisah kembali
adakah ada suatu benda dalam badan aku ni??
ada jin kah, setan kah, diri aku yang kedua kah??
aku rasa mcm diri ku ni ada dua personaliti tapi entahlah
serius aku katakan yang aku ni ada masalah ngan komunikasi maknanya aku tak boleh atur percakapan aku dengan orang lain
bila bercakap orang lain takkan faham walaupun ada sedikit saja yang faham...
aku keliru
sebenarnya apa yang terjadi dengan diriku ini...
hmmmm...
facebook setiap hari aku buka...
bila tak buka sehari aku akan rasa marah dan fikiran aku jadi tak keruan dan jadi blur....
ok




Monday, 24 October 2011

Assalamualaikum kepada diriku yang masih lagi tak tidur...
senang kata aku nak terus terang je la...
ok aku sebenarnya dah letih ngan semua perkara yang aku sedang hadapi sekarang ni tapi tak bermakna aku putus asa...ok
nasib baik lah akan cuti 2 minggu...
aku perlu revolusi diri aku...haha
ok cukup la...XD

Thursday, 25 August 2011

Baby incredible...XD