Thursday, 25 April 2013

rasional emosional

kau jauh daripada tuhan sebenarnya ni
sebab tu kau rasa tak tenang
kau asyik fikir itu ini
sedangkan tak berlaku pun perkara tu
jadi
teguhkan hati kau
kau kuat sebenarnya
bukan lemah 
kalau kau kata kau tak kuat 
dah lama kau jatuh sejak ujian yang pertama lagi    
sayang diri sendiri dulu 
baru sayang orang lain
berdiri tegak dulu 
baru nampak luas pandangan kau
lihat diri kau di hadapan cermin 
tanya khabar
"apa khabar diriku hari ni? sihat? dah makan? dah solat? ''
mengerti
keadaan tidak sama mcm dulu
memang sngat berbeza dan banyak perubahan
 itulah kehidupan
terima kenyataan
usaha
aku harap bila aku baca nukilan ni di masa hadapan 
bila semua perkara dah stabil dan dah dpt apa yg dimahukan
aku nak gelak
sebab tak sangka ini yang ditulis ketika ini............... 
          

Thursday, 18 April 2013

hati tak tenang

kalau dulu masa belajar lg kt sekolah nantilah tunggu masa kat universiti
sekarang bila masa kat universiti kata pulak tunggulah masa dah kerja nanti
nanti semasa dah kerja nantilah bila dah cukup duit
pastu............
takda jawapan lagi nak tulis
hanya ada alasan saja seleps itu...

suatu ketika serving

Assalamualaikum
serving di majlis perkahwinan
bergerak waktu pagi ke destinasi
kemudian sampai ke destinasi terus menyusun meja kerusi
mengangkat lauk,nasi,membancuh air,menyusun cawan kaca...
bayangkan waktu pagi
sebelum ni tak biasa langsung
letih sangat letih
tapi puas
bersama kawan2 
letih terus hilang
tak peduli apa orang lihat
mengangkat laut daripada belakang ke hadapan 
dan kemudian mengisi mana yang dah kurang
haus minum air,
kalau lapar ambik saja,
tapi satu perkara lain yg membuatkan diri ini semangat
-'dia'
yang digelar -'kawan' tapi...
bila melihat wajah dia terus hilang letih
serius 
tak pernah rasa perasaan seperti ini.....

Sunday, 17 March 2013

selamat hari lahir kepada dia.......

Assalamualaikum
 hari ini 17/3/2013
hari yang bermakna
sekali lagi ia berlaku
tapi sekali lagi ini masih juga lagi tidak seperti yang diharapkan
mana taknya hanya berharap
tak usaha pun 
memanglah tak dapat 
melihat bayangan dia berlalu pergi petang tadi
tak dapat nak ucapkan
hanya dapat melihat 
ya hanya dapat melihat 
situasi ini seperti berlaku sekali lagi seperti dahulu
bilakah masanya dapat berlaku semua itu....

  patung ninja ini...

Tuesday, 26 February 2013

hari menjadi server di majlis perkahwinan

Assalamualaikum 
hari ni sehari suntuk hujan
sejuk sangat
dan pukul 2.30 ptg tadi ada kelas sampai pukul 5 tadi
kelas housekeeping
dengar lecturer bercerita di hadapan kelas selama 2 jam
haha
ok
nak cerita apa yang berlaku masa jadi server di majlis perkahwinan
hari sabtu 23/2
start daripada pukul 7 pagi sampai 7 malam
tersangatlah letih
pengalaman first time jadi server orang kahwin
pastu first time jugak kena serve pengantin
sangatlah nervous...hahaha
semuanya berlaku di perlis...
apa yang penting kat sini ialah moment dengan kawan2
bila bersama dengan kawan2 suasana akan menjadi lain
senyuman dan ketawa akan selalu di bibir
terasa tekanan dan masalah tiada

masjid di kuala perlis... :)
nice picture........

Sunday, 17 February 2013

minda segar berkata-kata

nak sampai ke penghujung dah
jangan putus asa 
perbetulkan apa yang silap sebelum ni
pasti ada yang tidak kena dengan tindakan dan sikap sebelum ini
puas orang lain nasihat
tetapi diri sendiri kena lakukan
teguhkan kepercayaan diri tentang kelebihan diri sendiri
jangan malas2
macm mak mathlufti kata kat dia lepas mengadu pasal malas
mak dia kata malas la mak nak layan...haha
apa apa pun hadirkan perasaan gembira
semua perkara akan jadi gembira lepas tu...
keep cool

Friday, 1 February 2013

cuba.fikir.

dalam hati selalu mahukan banyak benda
nak tu nak ni
tapi tak semua dapat 
teringat masa jadi budak-budak kecik dulu
nak makanan diidamkan tak dapat
nak barang mainan tu tak dapat
nak dapat result hebat tak dapat 
nak dapat masuk sekolah yang best tak dapat
nak dapat kawan ramai2 tak dapat
tapi 
rupanya apa yang ditulis ni hanya sikit saja yang tak dapat masa jadi budak-budak
rupanya 
masa tu bila pegi sekolah dapat makan sarapan, cium tangan ayah mak, duit belanja
masa tu jugak dapat main puas2 dengan kawan2 waktu petang
masa tu jugak dapat tak banyak perkara nak difikirkan
makan,tido,belajar,kerja sekolah,main
masa tu jugak rasa boleh jadi siapa2 saja
masa tu jugak boleh dapat luka jatuh basikal, kena rotan, kena denda dalam kelas
masa tu jugak boleh kawan dengan sesiapa pun kat sekolah
ya, itu
lihat perkara yang berlaku yang tak menjadi realiti
sedangkan ketika tu terlalu banyak perkara yang dapat
akhirnya perkara2 ini sentiasa berulang2 sehingga dewasa
terus berulang dan berulang
akhirnya baru mengetahui bahawa kita tak dapat itu dan ini
ada sebabnya 
ada hikmahnya
ada perkara lain akan berlaku
ada kebaikannya
jadi
jadi
jadi
cuba.fikir