Monday, 9 April 2012

Malam ini aku bersendirian sambil menulis blog
sebenarnya aku tak ada idea menulis blog pun
sambil di dalam mindaku berlegar-legar perkara yang harus aku siapkan sebelum tamatnya cuti ni dan aku mcm biasa...
aku tidak seperti dia, dan seperti dia, dan seperti dia
aku adalah aku
ya itu yang selalu aku katakan untuk sedapkan hati ni
tanpa aku sedari aku membebankan hati ni memikirkan perkara yang tak sepatutnya
sampai kelihatan  di wajahku
usiaku masih muda
lakukanlah perkara kebaikan sebanyak mungkin
mana tahu esok nyawaku sudah tiada
ya...itulah juga perkara yang sering aku fikirkan
tangguh, tangguh, dan tangguh...
juga perkara yang sering berlaku
aku tidak peduli
ya, tidak nafi, tidak berdalih, tidak sangkal, tidak tolak ke tepi
aku kehabisan semangat, tapi tak akan sesekali berputus asa kerana aku tahu sentiasa ada rahmat daripanya jika aku yakin dan bertakwa kepada-Nya...
ya, itulah...
aku tidak seperti orang lain, yang sentiasa berfikiran jelas...
pandai memberi nasihat, pandai mengawal diri...
tapi aku takkan, takkan sesekali lupa pada Allah...

2 comments:

  1. percaya Allah sentiasa dengan org yg mengingatiNya :)


    keep stay strong. jgn putus asa!

    ReplyDelete
  2. yup, don't give up!!... :)
    I will always remember Allah S.W.T... :)

    ReplyDelete