Alhamdulillah, masih bernyawa lagi di awal tahun baru 2013...Alhamdulillah syukur kepada Allah... :)
dikala aku terjatuh banyak kali tahun lepas
satu demi satu kesilapan di lakukan
baru ku tahu itu adalah bicara daripada Allah
mahu aku dekatkan diri ini kepada-Nya sedekat-dekatnya
Terbaca satu muka surat buku rohani
mengatakan
"Berada pada jalan menuju pada Allah bermakna melalui jalan yang sunyi, jalan yang hening,
jalan yang bersendirian, jalan yang sedemikian inilah yang akan membawa
anda pada maqam dekat pada Allah S.W.T. Dengan jalan ini, wajah hamba berhadapan
dengan wajah Tuhannya. Ketika itu, bahasa tidak lagi penting.
Semuanya tidak lagi penting. Semua keperluan akan dipenuhi. Semua doa akan terkabul.
Semua keinginan akan didengari. Semua masalah akan selesai. Inilah kemuncak
kecerdasan rohani kebahagian rohaniah, kebahagian yang sejati.
Bila dekat dengan Allah S.W.T, hati akan tenang.. #Notetomyself
Allah ada perancangan yang terbaik kepada kita, jangan risau kalau orang lain dapat nikmat lebih daripada kita...kunci ialah YAKIN kepada Allah S.W.T
Hakikatnya kematian itu sangat2 dekat, aku akan mati bila2 masa daripada sekarang,
Allah akan utuskan malaikat maut mencabut nyawaku,
Serius, bila ada ketakutan nak melakukan sesuatu, masa itulah ia menunjukkan arah itu yang sepatutnya kita meningkatkan diri kita supaya menjadi seseorang yang lebih matang dan lebih baik masa akan datang... :)




No comments:
Post a Comment